CIKGUTERER.COM

SIAPA KAMI?

Kami berdiri teguh di atas kemahiran, kebolehan serta kepakaran yang kami bina sejak 20 tahun lalu. Ribuan murid daripada pelbagai peringkat telah kami bantu bagi menghadapi peperiksaan. Teknik-teknik memahami subjek dan menjawab soalan peperiksaan telah kami kaji dan aplikasikan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran.

Stigma subjek ‘killer’ yang menjadi ketakutan pelajar telah kami pulihkan sehingga menjadi subjek kegemaran ramai. Sehinggakan ada murid yang pernah berkata, “Wow, senangnya subjek ni.” Tiada lagi istilah GAGAL dalam setiap kamus minda murid-murid kami kerana mereka percaya kami akan sentiasa membantu mereka menempah KEJAYAAN. Kerana mereka juga percaya kami ialah CIKGU TERER. Sertai kelas-kelas Cikgu Terer kalau anda nak jadi student terer.

Bilik Guru

Cikgu Terer ambil nama dari cikgu-cikgu kami yang terer-terer belaka. Jom kenal diorang.

Alfi Shirman

Fizik . KImia .
Matematik Tambahan

Beliau mengajar tiga subjek yang digeruni pelajar aliran sains iaitu Fizik,Kimia dan Matematik Tambahan. Walaubagaimanapun beliau telah berjaya menukar persepsi pelajar dari fobia dan tidak yakin kepada minat dan ghairah untuk menguasai ketiga-tiga subjek ini. Berpengalaman mengajar 19 tahun. Telah berjaya melahirkan ribuan pelajar yang berjaya dalam aliran Sains. Beliau merupakan idola pelajar aliran Sains kerana kemampuannya menguasai ketiga-tiga subjek ini dengan kepakaran yang tinggi. Rasa nak belajar subjek kritikal ini secara santai dan stress free? Jawapannya ada pada Cikgu Alfi.

Azman Muhammad

Matematik Tambahan . matematik

Berpengalaman 19 tahun mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Beliau terkenal dengan teknik mudah menguasai sesuatu topik dan jalan pengiraan yang singkat dan pantas tanpa kehilangan markah dalam peperiksaan. Jika anda benar-benar serius untuk mengubah result matematik anda ke A, inilah guru pilihan anda. Sepanjang tempoh beliau mengajar, sudah ramai pelajar yang berjaya mengubah resultnya dari fail ke A.

Fauzan Mustapha

Sejarah

Berpengalaman mengajar Sejarah selama 22 tahun. Teknik pengajarannya telah membantu beribu-ribu pelajarnya menguasai subjek Sejarah dengan mudah. Beliau tidak menggalakkan pelajarnya semata-mata menghafal fakta tetapi lebih memahami konsep kesan dan akibat daripada sesuatu peristiwa sejarah.  Nak tau lebih lanjut? Nak cari cikgu Sejarah yang tak bosan dan boleh mengajar di luar kotak?Bolehlah subscribe kelas Sejarah bersama Cikgu Fauzan. Anda pasti akan terkesan dengan pengajarannya.

Hasif Elias

SAINS . MATEMATIK F1, F2 & F3

Kemampuannya menguasai subjek Matematik dan Sains pada usia yang muda adalah sangat menakjubkan. Merupakan anak didik Cikgu Alfi dan Cikgu Man, beliau memilih perguruan sebagai kariernya atas dasar minat dan keghairahannya mendidik pelajar-pelajarnya. Sudah berpengalaman 6 tahun mengajar dan antara guru favorite pelajar tingkatan 1,2 dan 3 untuk kedua-dua subjek. Pendekatan fun learning dalam kedua-dua subjek  ini telah berjaya menarik minat  pelajar untuk belajar dengan beliau. Berkat tunjuk ajar beliau telah ramai pelajar yang merealisasikan matlamat mereka untuk mendapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua subjek ini. Jumpa beliau dalam kelas!

Dr Rashidi Abd Jalil

SAINS UPSR

Beliau boleh dikatakan ‘over qualified’ untuk mengajar subjek Sains untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Walaupun berkelulusan Phd tetapi Dr Rashidi mampu untuk merendahkan tahap penyampaian ilmu beliau ke peringkat rendah yang mudah untuk difahami oleh murid-murid. Tahap komitmen dan kepakaran beliau untuk meningkatkan result murid-murid bukanlah suatu yang boleh dipersoalkan dari tahun ke tahun. Sekiranya anda inginkan tutor sains yang terbaik untuk anak anda inilah tutor pertama pilihan anda. kami di CikguTerer sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda.

Apa Kata Para Pelajar Kami

"It has been proven time and time again that CikguTerer produces thousands of excellent students - I was one of them who achieved straight A's from UPSR until SPM. Thank you to all teachers at CikguTerer! You are very professional and extremely dedicated!"
Vikneswaran
Keputusan SPM 9A+
"CikguTerer is the best! Before joining, I've always failed my Add Maths and Chemistry. Cikgu Alfi and Cikgu Azman are the best teachers you can ever get! Thank you CikguTerer!"
Aishah Shahrom
Dari fail ke A untuk subjek Add Maths dan Kimia
"Saya amat berterima kasih kepada guru-guru di CikguTerer yang telah banyak membantu saya sehingga saya berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM. Cara pengajaran yang sangat efektif dan menarik!"
Nurul Ashikin Mastura
Keputusan SPM 10A (SA, 5A+)
"Cara cikgu-cikgu yang suka buat lawak tak menjemukan pelajar. Senang faham, dan menarik kot. Terima kasih banyak-banyak kepada para guru semua, terutama Cikgu Alfi dan Cikgu Azman. CikguTerer memang TERER la!"
Saliha Saliman
Keputusan SPM 9A+
Scroll to Top