SOALAN-SOALAN LAZIM
Sekiranya saya mendaftar pada pertengahan bulan, adakah saya akan ketinggalan mengikuti perjalanan kelas sedia ada?
Tidak. Anda masih dapat mengikuti sesi kelas sebelum ini kerana setiap kelas direkodkan.
Adakah pembayaran melalui online selamat di laman web CikguTerer.com?
Urusan transaksi anda adalah sangat selamat di laman web ini kerana laman web CikguTerer.com mempunyai sijil SSL dan urusan transaksi diuruskan oleh ‘BillPlz’ yang diperakui selamat dan ‘reliable’ di seluruh dunia.
Adakah saya boleh menghentikan penyertaan saya dalam kelas online ini?
Ya. Anda boleh berbuat demikian di portal pelajar dengan memilih arahan ‘cancel subscription’ dan akaun anda tidak akan dicaj untuk bulan hadapan.
Saya berminat untuk menyertai kelas online ini tetapi jadual yang ditawarkan tidak kena dengan masa saya.
Tiada masalah kerana setiap kelas akan direkodkan dan diletakkan dalam portal pelajar. Anda masih boleh mengikuti kelas dalam mod ulangan pada bila-bila masa. Setiap video kelas mempunyai tajuk mengenai topik yang dibincangkan.
Adakah kelas ini masih akan berjalan selepas PKP?
Walaupun tujuan asal penubuhan CikguTerer.com ini adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar-pelajar ketika PKP, tetapi berdasarkan maklumbalas yang positif dari ibubapa dan pelajar, kelas ini masih akan diteruskan selepas PKP.
Adakah pelajar boleh bertanya soalan ketika sesi kelas dijalankan?
Ya. Sudah semestinya kerana konsep kelas online kami adalah dua hala.
Sekiranya saya tidak dapat menghadiri kelas secara langsung, bagaimana saya ingin bertanya soalan kepada guru yang terlibat?
Anda masih boleh bertanya soalan dalam kumpulan sokongan yang terdapat di dalam platform CikguTerer.com yang disediakan khusus untuk semua pelajar kami.
Saya pelajar yang agak lemah dan mempunyai masalah untuk mengambil nota ketika kelas biasa. Saya juga mengambil masa yang agak lama untuk memahami topik-topik yang dibincangkan. Adakah saya sesuai untuk mengikuti kelas seperti ini?
Kelas ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda kerana anda boleh mengulang setiap kelas yang diikuti melalui mod kelas ulangan di mana anda boleh rewind,pause atau fast forward video kelas dalam mod ulangan untuk menambah kefahaman anda.
Bagaimana kelas online ini berbeza dengan kelas yang saya biasa hadiri selama ini?
Sebenarnya dari segi proses pembelajaran, tidak banyak bezanya kerana anda masih perlu memberi perhatian kepada guru yang sedang mengajar di skrin sepertimana anda memberikan perhatian kepada guru di dalam kelas. Bagaimanapun belajar secara online ini akan memberikan pengalaman yang baru dan banyak perspektif menarik untuk anda. Yang penting anda kekal selamat di rumah.
Apa Kata Para Pelajar Kami



